Dewan Dakwah – Dakwah Tanpa Sempadan

Dakwah Tanpa
Sempadan

Dewan Dakwah,
Majlis Dakwah Negara

Kepentingan Dakwah

Dakwah merupakan amal paling penting dalam masyarakat. Dakwah perlu melangkaui semua sempadan dan jajaran. Dakwah merupakan jalan penyelesaian kepada permasalahan manusia.

Tanpa usaha dakwah, masyarakat akan terdedah kepada pelbagai gejala negatif dan fasad. Semakin sedikit dakwah, semakin parah kerosakan. Semakin cekap dakwah, semakin tinggilah natijah dan kebaikan kepada masyarakat.

Keperluan Dakwah
Yang Efisien

Dewan Dakwah Negara (DDN) adalah mekanisme dakwah yang sangat berpotensi di bawah Majlis Dakwah Negara. Seluruh potensi tersebut hanya akan menjadi kenyataan sekiranya ia melalui proses penyusunan dan pengurusan yang teratur.

Cabaran dakwah di Malaysia bukanlah terletak pada penyediaan du’at tetapi lebih pada keupayaan kita menyusun strategi, menggabung jentera serta menyusun sebuah organisasi dakwah yang efisien.

VISI

  • Dewan Dakwah Negara (MDN) akan menjadi wahana dakwah paling unggul dan terkehadapan di Malaysia menjelang tahun 2023.
  • Dapat memenuhi semua keperluan dakwah sejagat dengan pendekatan yang paling efisien

MISI

  • Sebagai pelaksana gerak kerja dakwah Majlis Dakwah Negara (MDN).
  • Menjadi wadah yang menghimpunkan pengamal dakwah seluruh negara bagi melaksanakan dakwah secara menyeluruh.
  • Berfungsi sebagai penyelaras/koordinator dan pelaksana gerak kerja dakwah melalui kumpulan-kumpulan kerja yang diwujudkan.
  • Menyelia dan memudah cara kebajikan pengamal dakwah.

Gerak Kerja
Dewan Dakwah Negara

Penyelarasan Pusat
Penyelarasan Kumpulan Kerja

Program-Program Dewan Dakwah Negara

Sebuah modul berkonsepkan kembara dakwah dengan sokongan kenderaan angkut yang bergerak secara konvoi membawa peralatan dan bahan aktiviti dakwah. Konvoi akan berhenti di lokasi terpilih dan strategik selama 3 hari 2 malam untuk mengadakan program dakwah dalam bentuk ekspo, pameran, persembahan pentas dan kuliah yang bersifat ceria dan santai dalam mood pesta Magnetic building blocks for kids. Lokasinya ditentukan mengikut zon dan kesesuaian tujuan dakwah. Melalui The Caravan, DDN mendekati masyarakat, menawarkan program dakwah yang segar dan menarik serta menyampaikan mesej dakwah yang menyeluruh.

Sebuah modul yang in sya Allah akan memberi kefahaman yang mencukupi dalam fikah ibadat musafir untuk pemain industri hiburan, merangkumi persoalan solat, bersuci dan lain- lain dalam musafir. Ini memandangkan industri hiburan tanah air memerlukan pemainnya bermusafir ke merata tempat, di dalam mahupun di luar negara. Modul ini menggalakkan pemain industri hiburan beribadat walau bermusafir ke mana sekalipun. Justeru, di mana bumi dipijak, di situ dahi turun sujud. Sekaligus, ia turut memaparkan keindahan Islam yang lengkap dalam semua keadaan serta memudahkan orang yang bermusafir.

Sebuah modul yang mengajak masyarakat membina syurga impian di dalam rumah tangga, dengan menawarkan program kekeluargaan dan keibubapaan di pelbagai peringkat. Membantu melancarkan urusan kekeluargaan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman serta aktiviti kekeluargaan untuk membentuk hubungan harmoni dan mesra di kalangan ahli keluarga. Khalayak diajak membina pemikiran yang jelas dalam mengutamakan kesejahteraan keluarga demi kesejahteraan masyarakat. Melalui modul ini juga, DDN membuka ruang kepada keluarga untuk turut menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan, keharmonian dan kasih sayang di kalangan masyarakat.

Program kerjasama DDN dengan Ustaz Neezam al- Banjari (pengasas modul Malam Sejuta Selawat) dengan penampilan pendakwah-pendakwah muda di pentas IPT. Mengajak pelajar-pelajar IPT berhibur dengan lantunan qasidah memuji Rasulullah sambil menghayati sirah baginda SAW serta mendapat suntikan pengisian jiwa melalui selingan tausiah santai.

Jawatankuasa Dewan Dakwah Negara
2019-2020

PENGERUSI

Dato' Haji Razali Shahabuddin

TIMBALAN PENGERUSI

Ustaz Zul Ramli M. Razali

NAIB PENGERUSI I

Dr. Robiah K. Hamzah

NAIB PENGERUSI II

Ustazah Isfadiah Haji Mohd Dasuki

SETIAUSAHA

Ustaz Mohd Zainuddin Abu Bakar

BENDAHARI

Dr. Nor Helinda Ibrahim

KLUSTER-KLUSTER

DAKWAH PENGGIAT SENI

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

DAKWAH KORPORAT

Haji Mohd Yusri Mohd Yusof

DAKWAH KEIBUBAPAAN

Ustazah Isfadiah Haji Mohd Dasuki

DAKWAH PELAJAR UNIVERSITI

Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

UNIT-UNIT

KOMUNIKASI KORPORAT

Ustaz Muhidin Mokter

PENJANAAN EKONOMI

Haji Ghazali Othman

Dewan Dakwah Negara memiliki pengamal dakwah yang berwibawa dari seluruh negara. Ruang luas di arena dakwah negara. Sokongan dari pelbagai pihak. Boleh menjana tenaga dan sumber secara bijak.

DEWAN DAKWAH NEGARA (DDN)
LG-C-07, Neo Damansara,
No.1, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Dewan Dakwah Negara © 2020 All Rights Reserved.